Wednesday, 4 December 2019

Tanaman Hiasan Di Dalam Rumah

Assalamualaikum geng..

Harini aku nak share sikit pasal idea untuk buat deko dalam rumah kita..

Selain daripada mendeko dengan menggunakan perabot-perabot yang cantik dan hiasan dinding yang menarik, kita juga boleh mendeko hiasan dalam rumah kita dengan sumber-sumber kehijauan..

Antara yang menjadi pilihan aku untuk mendeko dalam rumah adalah dengan menggunakan tumbuhan hidup..Kenapa aku pilih tumbuhan hidup adalah sebab pokok-pokok ni dapat memberikan ketenangan kepada yang duduk di dalam rumah dan dalam masa yang sama dapat memberikan kesegaran dan bekalan oksigen yang lebih baik di dalam rumah..

Antara tumbuhan pilihan yang aku letak dalam rumah adalah pokok lidah mertua@lidah jin dan sirih gading...pokok-pokok ni sangat bagus kalau ditanam dalam rumah sebab berdasarkan kajian pokok ni boleh membekalkan oksigen dan dalam masa yang sama menyerap gas toksik didalam rumah.. Dan yang paling penting ia boleh menyerikan suasana dalam rumah..






Ini antara yang aku letak dalam toilet dan dapur..memang cantik kalau pandai mendeko dan pokok ni senang jaga.. pokok ni xperlukan banyak air dan cahaya.. cukup kalau siram air seminggu sekali dan jemur dekat cahaya seminggu sekali..

Nak cambahkan pokok ni pon tak susah.. just potong-potong je daun pokok ni lepas tu semai dalam tanah.. dalam seminggu dua nnti dia akan tumbuh anak pokok dan bagi dia naik dulu lepas tu pindah ke pasu yang kita nk letak dalam rumah..

Ni antara contoh pokok yang aku semai dan belum sempat nak pindahkan..



Nak semai senang je pokok ni..sebab pokok ni memang senang hidup.. pokok ni pon bagus kalau ditanam dalam rumah sebab dikatakan boleh membersihkan udara dalam rumah so aku rasa batter tanam pokok ni dalam rumah dari aku letak bunga palsu kan..

So sampai sini je perkongsian aku..

Sekian..

Sunday, 10 February 2019

Tanaman Pokok Herba dan Sayur-sayuran Di Rumah Taman Vol 2

Assalamualaikum semuaaa..

Harini aku nak sambung sikit pasal tanaman di rumah taman yang aku ada kongsi sebelum ni..

Alhamdullilah beberapa pokok yg aku tanam tu dah ada hasil..Syok weyy tengok pokok yg kita tanam dah ada hasil..semangat dia lain mcm..hahhaha

ini antara pokok2 aku yg dah membesar dengan jayanya dan dh boleh di tuai hasilnya:

Amacam?? syokk x tengok pokok yg kita tanam gemuk dan boleh d ambil hasilnya..haha.. Mestilah syokkk..boleh buat makan dan ulam ulaman.. dah xpayah nk membeli dekat pasaraya.. Ulam raja aku tu sampai xsempat nk makan..kalau dulu siap beli seikat seikat kat pasar kalau nk mkn..skrg xde dah lah..kt umah pon xtermakan..haha

selain tu aku pon ada tanam pokok lada..besar dah pokok lada aku ni dan dah banyak kali gak aku tuai hasilnya..tp sejak akhir2 ni pokok lada aku ni ada masalah serangga putih kt daun dia..aduhaiii stress akuu!! abis pokok ni strt mcm nk layuu..

Haaa..ni lah pokok lada aku tuu..hasil dia memang elok..tp tu laa ada serangga melekat kt bawah daun dia tu..abis layu daun nyaa..hmm.. racun serangga apa yg sesuai ekk nk pakai??

Aku pon ada tanam pokok cili besar dan pokok kobis.. masing2 bru lg nk naik..so kena lah sabar menunggu pokok ni membesar dan mengeluarkan hasil..

Alhamdulillah buat masa ni pokok2 ni sihat dan xde apa2 masalah..baja yg aku pakai utk pokok2 aku ni adalah baja AB yg aku beli d kedai nursery..Bagus baja ni sbb dia mudah dan jimat..pokok2 pon lebih segar kalau banding dengan baja yg lain..Setahu aku baja AB ni kira mcm vitamin utk pokok laa dan kandungan vitamin yg diperlukan oleh pokok mmg semua terdapat dalam baja ni..tu yg pokok aku cepat je gemuk tuuuu..

oklah..tu je yg aku nak share buat masa ni..
Nanti kalau ada apa2 story baru aku update..
Sekian, Assalamualaikum..

Thursday, 24 January 2019

Pengalaman Pahit Ditahan Pegawai Imigresen Korea

Assalamualaikum..

Harini aku nak share sikit pengalaman pahit yang aku hadap masa nk bercuti ke Korea haritu..
Walaupun xde lah teruk mana tapi boleh d jadikan pengajaran utk sapa2 yg nk travel ke Korea nnti..

Dalam keseronokkan kita nk g travel ke Korea tu kita kne jaga2 gak sebab nak masuk ke Korea ni bukan semudah negara2 lain.. Benda ni mungkin berpunca daripada kemasukkan org asing ke negara Korea dan mereka gunakan peluang tu utk bekerja di sana secara haram..

Oleh sebab tu kerajaan Korea ni mcm stright sikit la pasal detail org yg nk masuk negara dieorang..

Sebelum aku nk g bercuti ke Korea aritu memang dah study sikit2 pasal pengalaman org yang pernah travel ke Korea..selain kita tgk2 kat blog pasal keseronokkan tempat2 menarik dieorg tu aku pon tgk gak apa risiko2 yg ada kalau travel ke sana kan.. Yg aku boleh pastikan negara dieorang ni ok laa.. 1 negara yg agak maju dan bersih.. so xde isu xselesa dgn tempat penginapan dan dieorang punya pengangkutan awam memang terbaik.. train kalau tnggu xlama dlm 3-5 minit jee.. dari segi keselamatan pon aku rasa negara Korea ni ok laa sbb org2 dia ni memang xkacau org..masuk2 train je semua mengadap hp..so just mind your own business jelaa..

kalau pergi dieorang punya pasar2 pon kadang2 ada yg pandai cakap melayu sikit2.. so xde lah susah sgt nk jual beli..

Haaa..skrg aku nk cerita pasal kenangan pahitnya pulakkk..hahahaha

Sebenarnya aku dah pernah terbaca kat 1 blog ni yg bgtau dia kena tahan dengan Imigresen Korea sbb dia xisi ruang pekerjaan.. Dia dtg tu pulak dgn kawan2 atas kawan which means dieorang xdelah kenal sangat so bila officer tu tanya nama kawan2 dieorang mmg terngaga gak laa brother tu nak jawab.. Then dia ckp lepas xdpt jawab soalan officer tu mlm tu gak dia d arahkan balik Malaysiaa.. The Whattt!!!.. hahahaha..pehhh mmg xjadi apa laaa..haha

So lepas aku baca tu mmg aku jaga2 laa bab nk isi apa2 borang yg d bagi laa kan.. haaaa.. tp malang xberbauuu..hahaha

Nanti masa flight nk mendarat kt dlm kapal lg para pramugari akan bg kita 2 borang iaitu:

  1. borang imigresen
  2. borang declaration kastam


so aku fikir ni la borang yang brother tu cerita dalam blog dia..then aku memang isi betul2 laa semua bahagian yg dia suruh isi dlm borang tu especially y bhg pekerjaan tuu.. so aku ingat dh xde apa nk d risaukan lah..hahaha

lepas je turun dari flight tu aku dgn bini aku isi laa borang tu then kitaorang g terus ke kaunter imigresen..aku tgk bini aku dah lepas dh then aku tnggu laa giliran aku..aku tgk yg jaga kaunter tu slow buat kerja then aku pindah ke kaunter yg lain.. sampai2 je dekat kaunter tu aku terus bg passport aku dgn borang imegresen td.. kat sini lah masalah tu bermula.. officer tu ckp alamat aku salah.. aku dah pelik, asal lak salah kan.. dh tu yg bini aku tulis tadi n dia pon elok je lepas.. dah aku pon xley nk tnya bini aku sbb dia dh masuk dlm..aku lak xlepas lg kaunter imigresen ni..

Lepas tu aku pon try la g kaunter yg lain dia pon ckp bnda yg sama.. dia ckp alamat aku tulis tu xlengkap.. cuma ada nama jalan..xde nama hotel..Ahhhh sudahh.. mana aku nak tau nama hotel..semua benda booking tu bini aku yg uruskan.. aku dah stuck kejap.. dah laa hp pon xde line nk call bini aku tnya nama hotel.. aku suruh officer tu panggil bini aku pon dia xnak..padahal blkg tu jee.. aishhhh!!

last2 officer tu suruh aku ikut sorang officer lelaki ke bilik diaa..aku dh jemm laa..dlm kple otak aku pk nk kne balik Msia mlm tu gak laa nmpaknyaa..jahanam honeymoon akuuu..hahahaha

Masa dok kt dlm bilik officer tu dia tnya benda2 yg basic jee just nk cormfirmation.. dia tanya dtg dgn sapa?? datang brp org?? dtg utk tujuan apa?? alamat nk duduk kt Korea tu d mana?? haaaa sudahh..semua aku ley jawab..bab alamat tu mmg aku xingat laaa..aku just ckp bini aku yg booking.. mana aku nk ingat..Lepas tu Si Officer Korea tu tanya nama bini aku then aku bgtau nama penuh.. dia g jumpa bini aku utk cormfirmkan.. Lepas dia cormfirmkan tu bru dia bg aku keluar bilik tu.. Fuhhhh!! legaaaaa beb.. rasa mcm baru lps exam SPM..hahaha.. aku dh asik fikir nk kena balik Malaysia je malam tuuu..hahaha

So pengajaranya kat sini sebelum kita nk g travel Korea adalah:

  1. Pastikan isi ruangan pekerjaan utk borang Imigresen
  2. Pastikan isi ruang alamat dgn betul siap nama hotel dan blok kalau ada
  3. Pastikan hp ada internet sama ada nk buat roaming xpon beli routers wifi siap2 dari Msia
  4. pastikan tau alamat lengkap hotel d Kore
  5. pastikan kenal nama kawan2 yg pergi bersama
  6. jangan buat muka mcm nak pergi kerja ladang kutip apel..hahahaha


Haaa tuu laa antara pengalaman pahit kena tahan Imigresen Officer Korea.. Tapi xde apa pon.. lepas satel dgn officer tu kitaorg elok je kat sana.. Korea memang best n happening.. cuma ada gak sikit tips kalau kita g korea time musim sejuk pastika baju yg kita bawak tu betul2 tebal.. masa aku g tu pernah cecah -12 bro.. fuhhh! memang kecut laaa..hahahaha.. ok lah ni antara barang yg aku rasa wajib bawak kalau g time winter:

  1. Baju sejuk tebal gila bapak ahh
  2. Sarung tangan kalau boleh yg wind breaker.. utk elak angin masuk
  3. kasut kalau boleh pakai yg tertutup habis mcm kasut kulit sbb nk elak angin masuk
  4. seluar pakai yg paling tebal..kalau ada yg wind breaker pon lg bgus
  5. head cover utk tutup telinga sekali
  6. mask ni penting gak laa tp d sebabkan aku pakai spec so aku xpakai sbb kalau bernafas naik kabus spec aku..hahaha


Haaaa..tuu jela kot antara tips utk pakaian kt sana..lg 1 kalau g sana kalau boleh jgn ambil flight yg sampai mlm sbb time mlm ni train n bas xde dah..yg ada teksi je.. teksi dieorang ni pon problem gak sbb xfaham bahasa inggeris so nk berkomunikasi ni agak susah laa n dieorang ni kalau hantar dekat2 sllunya reject..

Hmmm..rasanya tu jela kot tips n pengalaman yg boleh aku kongsikan buat masa ni..nti kalau ada apa2 lg aku share lain..

Sekian,





Sunday, 20 January 2019

Bagaimana Nak Refund Baki Tmoney / How To Refund Tmoney Balance

Assalamualaikum..

Harini aku nk cerita sikit macam mana cara nk refund balik duit yg korang dah terlebih topup dalam Tmoney tu.. 

Okeh.. kalau yg xtau Tmoney tu apa..ni aku jelaskan sikit lah..

Tmoney ni kalau kt Malaysia macam kad Touch n Go lah fungsi dia..Kad ni d gunakan seperti Pembayaran Subway/bas, Pembayaran di 7-Eleven atau Convenience Store lainnya..

harga dia pon xlah mahal dalam 2500 – 8000 Won dan kalau nk lg untung beli yg couple punya mcm ni.. Dah la comel kad nya.. kad tmoney boleh simpan bawak balik lg lepas refund..Sbb yg refund tu duit dalam dia je.. kad tu xleh refund..



Haaaa..ni contoh kad Tmoney Line Couple.. Sweettt takkkk.. hahaha..

Kad ni bnyk pilihan kalau nk beli n duit dlm t boleh topup.. Tak susah pon nk topup.. tekan je bahasa English or Malaysia nnti dia ajar cara nk topup..jgn tekan bahasa Korea..sampai ke sudah xfaham..hahahaha

bagus laa public trnsport kat korea ni..train ke bas ke semua pakai kad yg sama..so xde la susah nk tukar2 kad.. Pakai 1 kad ni je untuk semua trnsport.. Tp sebelum gerak g mana2 tu pastikan duit dlm kad cukup sbb xsemua tempat ada mesin topup tu.. Kalau n senang cari sllunya kt bhgian Subway diaorang ada laa mesin topup tuu..

Lepas dah satel honeymoon berjalan2 1 Korea tu and tgk dekat Tmoney tu ada lg balance korang boleh je refund duit tuu.. yelaa kadang2 duit dlm tu ada lg 5-6 ribu Won kan.. kalau boleh pakai kt Malaysia xpe gak.. Nak g Korea lg xtau bila tah.. Haaaa.. kat sini aku nk cadangkan 1 tempat yg paling senang nk refund..

Disebabkan aku naik flight balik kt Airport Incheon so aku suggest korang xpayah nk serabut2 cari kedai nk refund kad tu awal2.. kat dlm airport tu pon boleh refund.. 

sebelum aku balik haritu aku singgah 1 kedai ni dekat dalam Incheon Airport di tingkat 1 kalau x salah.. nama kedai dia NICE TO CU..



Okeh ni lah kedainyaa..
Kalau dah OTW nk check in tu boleh laa refund duit Tmoney kat sini.. balance tu boleh laa beli jus pisang ke coklat ke xpon dekat sebelah kedai ni ada gak kedai makeup.. so mana2 gigirls tuu ley laa hbiskan duit kt situu..

utk cormfirmation lg kedai ni ada betul2 depan KAUNTER AIRPORT INFORMATION..


Okehhh.. so aku rasa sampai situ jelaa info utk refund duit Tmoney kt Korea nih.. jumpa lg next time..
Sekian,
Wasalam..


Friday, 16 November 2018

Tanaman Sayuran Di Rumah Taman

Assalamualaikum..

Menetap d kawasan perumahan atau taman adalah agak mustahil untuk memiliki tanaman sayuran atau pon herba yang banyak seperti menetap d kawasan kampung. Ia adalah berpunca dari keadaan rumah yg kecil dan kurangnya tempat untuk menanam tumbuhan tersebut. Namun begitu adalah tidak mustahil untuk kita memiliki tanaman tersebut walaupon kita menetap d kawasan kediaman yg kecil dan tiada sumber tanah yang mencukupi.

Jika rumah kita tidak memiliki tanah yg besar, kita boleh juga menggunakan sumber tanah yg terhad seperti menanam d dalam pasu bunga atau polybag. antara keperluan yg perlu disediakan bagi menanam pokok d dalam pasu adala:
1. Pasu bunga
2. Tanah campuran baja organik
3. Benih pokok yg nak d tanam

Mudah bukan untuk menanam pokok d kawasan taman ni. cuma rajin dengan x jela kan. hahaha.. aku mula tanam pokok d dlm pasu ni pon puncanya sbb sllu g tesco nk beli sayur2 ni dan aku terkejut sbb harga xmasuk akal. aku tgk serai 3 ketul dan RM1.00 lebih.. dah la kecik, layu pulak tu. haihhh sedehh betul.. sejak dari situ aku terus amek inisiatif utk tanam sendiri.. at least boleh la cover2 sikit kalau kekurangan herba2 ni kan. haaaa.. jimat pon jimat.. lg pon mmg hobi aku menanam pokok2 ni.. pokok bunga pon aku minat gak tanam.. tp pk pk balik mcm xde hasil je tu yg tanam pokok herba.. at least boleh la mencekek.. hahaha

ini antara pokok yg aku tanam.. ni pokok daun kesum.. berhasil gak la.. bini aku pon dah bedal buat laksa haritu..mmg marvelousssss!! hahaha.. kalau kita makan hasil dari apa yg kita tanam ni rasa puas dia lain mc sikit laaa.. lg 1 kalau nk pokok yg kita tanam ni gemuk dan sihat aku nasihatkan kita pakai baja AB yg mmg boleh dapatkan kat mana2 nursery or dekat shopee pon ada.. nisbah campuran dia 10ml baja campur dgn 1 L air.. sebaikanya pakai air hujan laaa sbb xde clorin.



yg ni pulak antara pokok2 lain yg aku tanam.. ada pokok serai, kari, pandan, cekur and kaduk.. pokok serai tu sng je nk tanam.. beli serai kat pasaraya tu then tanam je terus kt tanah.. lama2 dia membiak laa mcm pokok aku tu.. haaa lepas tu kalau dh gemuk boleh la ambik dan buat tomyam!! pehhh padu beb!! hahaha..selain tu ada gak aku tanam halia dan lengkuas.. halia/lengkuas ni lambat sikit nk dpt hasil sbb dia mcm pokok ubi laa.. kne tnggu dia berisi kat bhg akar dia tu agak lama gak..

selain tu ada gak pokok pandan dan kari.. haaa yg ni xbole  laa nk nk dptkan ank benih kat pasaraya.. korang kena dptkan sama ada kt kg mak bpk korang anak benih dia atau g dekat nursery.. sbb pokok ni pon lg 1 susah sikit nk idop.. pokok kari tu lg laa payah.. sbb akar dia berkait dgn pokok induk.. so kena pandai kalau nk ambil buat benih laa.. pandan pon mcm tu gak.. banyak aku amek haritu 1 pokok je yg hidup..hahaha.. tp jgn risau.. since dia dh idup mmg gemuk laa pokok ni.. kena pulak kalau korang rajin bg baja.. haaa..

selain tu aku tanam gak pokok cekur/kencur dan kaduk.. ni buat ulam2 ok laa.. dah merasa gak haritu aku mkn cekur tu dgn budu.. pehhh marvelousss!! pokok kaduk tu aku ambik kt umh mmber aku.. aku plan nk buat mknn siam nama dia miang kam kalau xsilap.. bini aku power laa bab2 mknn siam ni.. hahahaha..tp kne tnggu gemuk sikit aku plan nk pindah dekat pasu lain..

haaaa ni pulak bru berjinak2 nk tanam sayur hijau.. hahaha.. aku p beli benih pokok kobis.. so aku plan nk tanam je sendiri.. saja suka2 mna tau menjadi dah save sikit dari kne beli kt pasaraya..hahaha.. benda bila hobi ni kita minat then ada hasil dia punya seronok lain mcm sikit..kannnn..

antara baja yg aku pakai nk bg gemuk pokok ni adalah:
1. baja AB
2. air basuhan beras
3. air basuhan ikan(sikit je sbb bau ikan)
4. baja organik
5. rendaman air sisa bilis


haaa tu jelah pon keperluan kalau kita nk try tanam pokok kat rumah taman kita. lg pon pokok ni mudah alih.. agak2 semak tgk dpn rumah boleh je angkut pasu tu g blkg umh.. sbb kita pon tanam dlm pasu kan.. so mudah laa kalau nk pindah rumah ke apa kan..

d samping hobi kita yg minat bergardening ni.. kita pon dpt hasil dia.. dah jimat sikit dari asik nk kne beli je kat pasar kan.. tp xdelah boleh tampung utk kita makan 100%.. mau botak pokok tuu xsempat tumbuh.. hahaha.. kita tanam ni utk cover2 jela mana tau tiba2 terfikir nk buat laksa ada dh daun kesum.. mana tau nk buat tomyam ada dah serai.. haaa lebih kurang mcm tu laa..

ada bnyk lg yg aku plan nk tanam ni mcm pokok lada, pokok limau purut, pokok kangkung.. haaa mcm2 lg lah.. cuma xde masa je lg ni nk g bli pasu n tanah..hahaha..

ok nnti aku sambung kalau dah strt buat tanaman yg lain
sekian..


Friday, 26 October 2018

Kenapa Takut Nak Berniaga??

Assalamualaikum..

Harini aku ada nk sembang sikit pasal isu "kenapa kita takut nk berniaga"..
ini semua based on sendiri punya pengalaman laa ekk..
lain org lain ceritanya..kalau mcm aku sendiri punya isu takut nk berniaga ni adalah beberapa isu.. antaranya: 

  • takut tak jadi
  • takut makan modal tp xuntung
  • masa takde
  • dah ada kerja tetap so xrasa ada keperluan
  • malas
  • xbesedia
ini adalah antara punca2 sy xstart lg bisnes smpai skrg..mcm2 vid motivasi dah tg dari Azizan Osman, Najib Asadok, Jack Ma, Robert Kiyoshi dan mcm2 lg..
bags gak tgk vid2 ni sebenarnya..at least kita ada idea dan ilmu pasal nk start bisnes.. 
Ilmu tu penting kalau kita nk strt bisnes ni sbb kalau xde ilmu mmg lingkup laa bisnes kita. bak kata pujangga "gagal merancang, merancang kegagalan"..hahaha..

Ada mcm2 jenis bisnes yg aku nk buat dulu..Antara bisnes yg terlintas nk buat dulu:
  • kedai bundle
  • jual buah
  • tanam lada
  • bela kambing
  • jual tudung
  • jual air
  • frozen food
  • kedai gunting rambut
  • kedai makan
  • ehh banayak lg lahh
haaaa bnyk kan idea..tp 1 pon xjadi lg sbb dh kerja skrg.. bila dh strt kje makan gaji ni payah sikit nk buat bisnes sbb kekangan masa..yalaaa kerja hakiki je dah seharian..bila masanya nk meniaga kan.. tp tanam lada tu dulu pernah laa buat tp separuh jalan je sbb dpt kerja yg skrg ni.. so hasilnya terbngkalai dan makan sendiri jela lada tu.. ada laa dekat 100 polybag..siap bg jiran2 free jee hasil lada tu sbb xde masa nk kutip..hahahaha

tp since dah kawen ni aku ingat nk strt balik semangat berniaga tu dgn buat frozen food.. aku pilih nk try bisnes ni sbb:
  • modal kecik
  • masa ikut kita bila rajin nk buat
  • stok senang jaga dan janji ada peti ais boleh simpan
  • delevery jela kena rajin sikit..tp kalau boleh dekat2 je
  • rasa mcm boleh g jauh sbb org pon malas nk buat kuih sndiri
aku dapat rasa mcm ley g sbb aku tgk ada beberapa org yg niaga frozen food dekat fb mcm laku jee padahal buat kt kg je.. inikan pulak aku yg ddk kat bandar ni kan..so why not aku gunakan kelebihan ni..

antara mknn yg aku plan nk buat frozen food adalah donat,cucur badak,popia, karipap dan mungkin aku akan tambah menu lain ..kalau nk buat tu pastikan bnda tu mudah dan xmembebankan kita..cari la kuih2 yg senag nk buat sbb kita pon xde lah free sangat masa tuu..so kalau kuih tu senang kita pon laju je nk buat time ada masa sikit.. 

aku plan nk niaga ni area dekat2 je sekitar putrjaya smpai puchong perdana.. kalau jauh2 tu xla aku nk p..rugi minyak n tol..kita kena pk gak kos2 tu semua..kecuali kalau buyer tu willing utk byr kos minyak n tol..haaaa tu kita boleh konsider lah..

tp tu semua dlm perancangan lagi sbb bini pon tgh kursus and aku sendiri mmg xla nk buat kuih tu sendiri..so aku tnggu dia free bru ley buat kuih tu skli and belajar sikit2 cara nk buat kuih tuu.. xrugi kita belajar ilmu tuu..benda berguna.. at least kalau bini xlarat kita boleh je buat sendiri kann.. haaaa.. 

so doakan laa plan aku ni berjaya..trget nk buat dlm bln 1 thn dpn kot.. xpon bln 12..tgk keadaan lah.. lg 1 aku nk pesan kalau nk buat bisnes kne pastikan dh bersedia betul2. jgn kau main bantai je buat last2 tgh running itu xde, ini xde so customer pon naik meluat nnti sbb oder brg asik xde je. sbb aku pernah dulu p 1 kedai mkn di utara ni dia punya marketing kedai tu bkn main lg.. siap cat n susun kedai mcm kedai hipsturrr.. tp bila dh bukak kedai tu boleh lak cuma ada 2-3 menu je makanan.. tokey ckp tukang masak xde.. ekelehhh kau punya marketing punya laa letup2 last2 xde tukang masak.. dah tu buat apa kau bkk kedai bro.. org dtg nk mkn..bkn nk tgk je kedai kauu.. hhahaha.. so kt situ aku nmpk yg tokey dia ni xbersedia pon nk bkk kedai.. dia bkk sbb terpaksa maybe sbb dh strt bayar sewa tu yg nk ke xnk kne bkk gak.. last2 aku tgk kedai tu xlama bungkus dah.. haaaa.,.
tu aku ckp sblm bisnes strt kne la bersedia.. betul2 punya sediaa.. kalau xnnti jd laa mcm brader tuu..

tp jgn tnggu lama sgt nk bersedia lak..kang 1 apa pon xjd mcm ak ni..hahahaha..tp aku xsalahkan diri aku gak..sbb keadaan semasa aku pon xmengizinkan buatmasa ni..aku rasa kalau aku buat gak dulu aku lingkup gak mcm tanaman lada aku tu..so this time aku tgh plan sehabis baik utk buat bisnes.. kita tgk laa nnti jadi ke x.. apap2 hal aku akan update kemudian..

sekian,\

wassalam

Image result for berniaga

Monday, 22 October 2018

INI SEMUA COOOOBAANNNN~

Assalamualaikum..

Permulaan utk buat blog..
dah lama nk buat tp xkesampaian..
ada je halangan dgn penyakit "M"
hahahahaha...

Alhamdulillah berjaya gak harini..

Sekian utk harini
Wasalam..
:)