Showing posts with label masa. Show all posts
Showing posts with label masa. Show all posts

Wednesday, 4 December 2019

Tanaman Hiasan Di Dalam Rumah

Assalamualaikum geng..

Harini aku nak share sikit pasal idea untuk buat deko dalam rumah kita..

Selain daripada mendeko dengan menggunakan perabot-perabot yang cantik dan hiasan dinding yang menarik, kita juga boleh mendeko hiasan dalam rumah kita dengan sumber-sumber kehijauan..

Antara yang menjadi pilihan aku untuk mendeko dalam rumah adalah dengan menggunakan tumbuhan hidup..Kenapa aku pilih tumbuhan hidup adalah sebab pokok-pokok ni dapat memberikan ketenangan kepada yang duduk di dalam rumah dan dalam masa yang sama dapat memberikan kesegaran dan bekalan oksigen yang lebih baik di dalam rumah..

Antara tumbuhan pilihan yang aku letak dalam rumah adalah pokok lidah mertua@lidah jin dan sirih gading...pokok-pokok ni sangat bagus kalau ditanam dalam rumah sebab berdasarkan kajian pokok ni boleh membekalkan oksigen dan dalam masa yang sama menyerap gas toksik didalam rumah.. Dan yang paling penting ia boleh menyerikan suasana dalam rumah..






Ini antara yang aku letak dalam toilet dan dapur..memang cantik kalau pandai mendeko dan pokok ni senang jaga.. pokok ni xperlukan banyak air dan cahaya.. cukup kalau siram air seminggu sekali dan jemur dekat cahaya seminggu sekali..

Nak cambahkan pokok ni pon tak susah.. just potong-potong je daun pokok ni lepas tu semai dalam tanah.. dalam seminggu dua nnti dia akan tumbuh anak pokok dan bagi dia naik dulu lepas tu pindah ke pasu yang kita nk letak dalam rumah..

Ni antara contoh pokok yang aku semai dan belum sempat nak pindahkan..



Nak semai senang je pokok ni..sebab pokok ni memang senang hidup.. pokok ni pon bagus kalau ditanam dalam rumah sebab dikatakan boleh membersihkan udara dalam rumah so aku rasa batter tanam pokok ni dalam rumah dari aku letak bunga palsu kan..

So sampai sini je perkongsian aku..

Sekian..

Sunday, 10 February 2019

Tanaman Pokok Herba dan Sayur-sayuran Di Rumah Taman Vol 2

Assalamualaikum semuaaa..

Harini aku nak sambung sikit pasal tanaman di rumah taman yang aku ada kongsi sebelum ni..

Alhamdullilah beberapa pokok yg aku tanam tu dah ada hasil..Syok weyy tengok pokok yg kita tanam dah ada hasil..semangat dia lain mcm..hahhaha

ini antara pokok2 aku yg dah membesar dengan jayanya dan dh boleh di tuai hasilnya:

Amacam?? syokk x tengok pokok yg kita tanam gemuk dan boleh d ambil hasilnya..haha.. Mestilah syokkk..boleh buat makan dan ulam ulaman.. dah xpayah nk membeli dekat pasaraya.. Ulam raja aku tu sampai xsempat nk makan..kalau dulu siap beli seikat seikat kat pasar kalau nk mkn..skrg xde dah lah..kt umah pon xtermakan..haha

selain tu aku pon ada tanam pokok lada..besar dah pokok lada aku ni dan dah banyak kali gak aku tuai hasilnya..tp sejak akhir2 ni pokok lada aku ni ada masalah serangga putih kt daun dia..aduhaiii stress akuu!! abis pokok ni strt mcm nk layuu..

Haaa..ni lah pokok lada aku tuu..hasil dia memang elok..tp tu laa ada serangga melekat kt bawah daun dia tu..abis layu daun nyaa..hmm.. racun serangga apa yg sesuai ekk nk pakai??

Aku pon ada tanam pokok cili besar dan pokok kobis.. masing2 bru lg nk naik..so kena lah sabar menunggu pokok ni membesar dan mengeluarkan hasil..

Alhamdulillah buat masa ni pokok2 ni sihat dan xde apa2 masalah..baja yg aku pakai utk pokok2 aku ni adalah baja AB yg aku beli d kedai nursery..Bagus baja ni sbb dia mudah dan jimat..pokok2 pon lebih segar kalau banding dengan baja yg lain..Setahu aku baja AB ni kira mcm vitamin utk pokok laa dan kandungan vitamin yg diperlukan oleh pokok mmg semua terdapat dalam baja ni..tu yg pokok aku cepat je gemuk tuuuu..

oklah..tu je yg aku nak share buat masa ni..
Nanti kalau ada apa2 story baru aku update..
Sekian, Assalamualaikum..

Friday, 26 October 2018

Kenapa Takut Nak Berniaga??

Assalamualaikum..

Harini aku ada nk sembang sikit pasal isu "kenapa kita takut nk berniaga"..
ini semua based on sendiri punya pengalaman laa ekk..
lain org lain ceritanya..kalau mcm aku sendiri punya isu takut nk berniaga ni adalah beberapa isu.. antaranya: 

  • takut tak jadi
  • takut makan modal tp xuntung
  • masa takde
  • dah ada kerja tetap so xrasa ada keperluan
  • malas
  • xbesedia
ini adalah antara punca2 sy xstart lg bisnes smpai skrg..mcm2 vid motivasi dah tg dari Azizan Osman, Najib Asadok, Jack Ma, Robert Kiyoshi dan mcm2 lg..
bags gak tgk vid2 ni sebenarnya..at least kita ada idea dan ilmu pasal nk start bisnes.. 
Ilmu tu penting kalau kita nk strt bisnes ni sbb kalau xde ilmu mmg lingkup laa bisnes kita. bak kata pujangga "gagal merancang, merancang kegagalan"..hahaha..

Ada mcm2 jenis bisnes yg aku nk buat dulu..Antara bisnes yg terlintas nk buat dulu:
  • kedai bundle
  • jual buah
  • tanam lada
  • bela kambing
  • jual tudung
  • jual air
  • frozen food
  • kedai gunting rambut
  • kedai makan
  • ehh banayak lg lahh
haaaa bnyk kan idea..tp 1 pon xjadi lg sbb dh kerja skrg.. bila dh strt kje makan gaji ni payah sikit nk buat bisnes sbb kekangan masa..yalaaa kerja hakiki je dah seharian..bila masanya nk meniaga kan.. tp tanam lada tu dulu pernah laa buat tp separuh jalan je sbb dpt kerja yg skrg ni.. so hasilnya terbngkalai dan makan sendiri jela lada tu.. ada laa dekat 100 polybag..siap bg jiran2 free jee hasil lada tu sbb xde masa nk kutip..hahahaha

tp since dah kawen ni aku ingat nk strt balik semangat berniaga tu dgn buat frozen food.. aku pilih nk try bisnes ni sbb:
  • modal kecik
  • masa ikut kita bila rajin nk buat
  • stok senang jaga dan janji ada peti ais boleh simpan
  • delevery jela kena rajin sikit..tp kalau boleh dekat2 je
  • rasa mcm boleh g jauh sbb org pon malas nk buat kuih sndiri
aku dapat rasa mcm ley g sbb aku tgk ada beberapa org yg niaga frozen food dekat fb mcm laku jee padahal buat kt kg je.. inikan pulak aku yg ddk kat bandar ni kan..so why not aku gunakan kelebihan ni..

antara mknn yg aku plan nk buat frozen food adalah donat,cucur badak,popia, karipap dan mungkin aku akan tambah menu lain ..kalau nk buat tu pastikan bnda tu mudah dan xmembebankan kita..cari la kuih2 yg senag nk buat sbb kita pon xde lah free sangat masa tuu..so kalau kuih tu senang kita pon laju je nk buat time ada masa sikit.. 

aku plan nk niaga ni area dekat2 je sekitar putrjaya smpai puchong perdana.. kalau jauh2 tu xla aku nk p..rugi minyak n tol..kita kena pk gak kos2 tu semua..kecuali kalau buyer tu willing utk byr kos minyak n tol..haaaa tu kita boleh konsider lah..

tp tu semua dlm perancangan lagi sbb bini pon tgh kursus and aku sendiri mmg xla nk buat kuih tu sendiri..so aku tnggu dia free bru ley buat kuih tu skli and belajar sikit2 cara nk buat kuih tuu.. xrugi kita belajar ilmu tuu..benda berguna.. at least kalau bini xlarat kita boleh je buat sendiri kann.. haaaa.. 

so doakan laa plan aku ni berjaya..trget nk buat dlm bln 1 thn dpn kot.. xpon bln 12..tgk keadaan lah.. lg 1 aku nk pesan kalau nk buat bisnes kne pastikan dh bersedia betul2. jgn kau main bantai je buat last2 tgh running itu xde, ini xde so customer pon naik meluat nnti sbb oder brg asik xde je. sbb aku pernah dulu p 1 kedai mkn di utara ni dia punya marketing kedai tu bkn main lg.. siap cat n susun kedai mcm kedai hipsturrr.. tp bila dh bukak kedai tu boleh lak cuma ada 2-3 menu je makanan.. tokey ckp tukang masak xde.. ekelehhh kau punya marketing punya laa letup2 last2 xde tukang masak.. dah tu buat apa kau bkk kedai bro.. org dtg nk mkn..bkn nk tgk je kedai kauu.. hhahaha.. so kt situ aku nmpk yg tokey dia ni xbersedia pon nk bkk kedai.. dia bkk sbb terpaksa maybe sbb dh strt bayar sewa tu yg nk ke xnk kne bkk gak.. last2 aku tgk kedai tu xlama bungkus dah.. haaaa.,.
tu aku ckp sblm bisnes strt kne la bersedia.. betul2 punya sediaa.. kalau xnnti jd laa mcm brader tuu..

tp jgn tnggu lama sgt nk bersedia lak..kang 1 apa pon xjd mcm ak ni..hahahaha..tp aku xsalahkan diri aku gak..sbb keadaan semasa aku pon xmengizinkan buatmasa ni..aku rasa kalau aku buat gak dulu aku lingkup gak mcm tanaman lada aku tu..so this time aku tgh plan sehabis baik utk buat bisnes.. kita tgk laa nnti jadi ke x.. apap2 hal aku akan update kemudian..

sekian,\

wassalam

Image result for berniaga