Wednesday, 4 December 2019

Tanaman Hiasan Di Dalam Rumah

Assalamualaikum geng..

Harini aku nak share sikit pasal idea untuk buat deko dalam rumah kita..

Selain daripada mendeko dengan menggunakan perabot-perabot yang cantik dan hiasan dinding yang menarik, kita juga boleh mendeko hiasan dalam rumah kita dengan sumber-sumber kehijauan..

Antara yang menjadi pilihan aku untuk mendeko dalam rumah adalah dengan menggunakan tumbuhan hidup..Kenapa aku pilih tumbuhan hidup adalah sebab pokok-pokok ni dapat memberikan ketenangan kepada yang duduk di dalam rumah dan dalam masa yang sama dapat memberikan kesegaran dan bekalan oksigen yang lebih baik di dalam rumah..

Antara tumbuhan pilihan yang aku letak dalam rumah adalah pokok lidah mertua@lidah jin dan sirih gading...pokok-pokok ni sangat bagus kalau ditanam dalam rumah sebab berdasarkan kajian pokok ni boleh membekalkan oksigen dan dalam masa yang sama menyerap gas toksik didalam rumah.. Dan yang paling penting ia boleh menyerikan suasana dalam rumah..






Ini antara yang aku letak dalam toilet dan dapur..memang cantik kalau pandai mendeko dan pokok ni senang jaga.. pokok ni xperlukan banyak air dan cahaya.. cukup kalau siram air seminggu sekali dan jemur dekat cahaya seminggu sekali..

Nak cambahkan pokok ni pon tak susah.. just potong-potong je daun pokok ni lepas tu semai dalam tanah.. dalam seminggu dua nnti dia akan tumbuh anak pokok dan bagi dia naik dulu lepas tu pindah ke pasu yang kita nk letak dalam rumah..

Ni antara contoh pokok yang aku semai dan belum sempat nak pindahkan..



Nak semai senang je pokok ni..sebab pokok ni memang senang hidup.. pokok ni pon bagus kalau ditanam dalam rumah sebab dikatakan boleh membersihkan udara dalam rumah so aku rasa batter tanam pokok ni dalam rumah dari aku letak bunga palsu kan..

So sampai sini je perkongsian aku..

Sekian..

Sunday, 10 February 2019

Tanaman Pokok Herba dan Sayur-sayuran Di Rumah Taman Vol 2

Assalamualaikum semuaaa..

Harini aku nak sambung sikit pasal tanaman di rumah taman yang aku ada kongsi sebelum ni..

Alhamdullilah beberapa pokok yg aku tanam tu dah ada hasil..Syok weyy tengok pokok yg kita tanam dah ada hasil..semangat dia lain mcm..hahhaha

ini antara pokok2 aku yg dah membesar dengan jayanya dan dh boleh di tuai hasilnya:

Amacam?? syokk x tengok pokok yg kita tanam gemuk dan boleh d ambil hasilnya..haha.. Mestilah syokkk..boleh buat makan dan ulam ulaman.. dah xpayah nk membeli dekat pasaraya.. Ulam raja aku tu sampai xsempat nk makan..kalau dulu siap beli seikat seikat kat pasar kalau nk mkn..skrg xde dah lah..kt umah pon xtermakan..haha

selain tu aku pon ada tanam pokok lada..besar dah pokok lada aku ni dan dah banyak kali gak aku tuai hasilnya..tp sejak akhir2 ni pokok lada aku ni ada masalah serangga putih kt daun dia..aduhaiii stress akuu!! abis pokok ni strt mcm nk layuu..

Haaa..ni lah pokok lada aku tuu..hasil dia memang elok..tp tu laa ada serangga melekat kt bawah daun dia tu..abis layu daun nyaa..hmm.. racun serangga apa yg sesuai ekk nk pakai??

Aku pon ada tanam pokok cili besar dan pokok kobis.. masing2 bru lg nk naik..so kena lah sabar menunggu pokok ni membesar dan mengeluarkan hasil..

Alhamdulillah buat masa ni pokok2 ni sihat dan xde apa2 masalah..baja yg aku pakai utk pokok2 aku ni adalah baja AB yg aku beli d kedai nursery..Bagus baja ni sbb dia mudah dan jimat..pokok2 pon lebih segar kalau banding dengan baja yg lain..Setahu aku baja AB ni kira mcm vitamin utk pokok laa dan kandungan vitamin yg diperlukan oleh pokok mmg semua terdapat dalam baja ni..tu yg pokok aku cepat je gemuk tuuuu..

oklah..tu je yg aku nak share buat masa ni..
Nanti kalau ada apa2 story baru aku update..
Sekian, Assalamualaikum..

Thursday, 24 January 2019

Pengalaman Pahit Ditahan Pegawai Imigresen Korea

Assalamualaikum..

Harini aku nak share sikit pengalaman pahit yang aku hadap masa nk bercuti ke Korea haritu..
Walaupun xde lah teruk mana tapi boleh d jadikan pengajaran utk sapa2 yg nk travel ke Korea nnti..

Dalam keseronokkan kita nk g travel ke Korea tu kita kne jaga2 gak sebab nak masuk ke Korea ni bukan semudah negara2 lain.. Benda ni mungkin berpunca daripada kemasukkan org asing ke negara Korea dan mereka gunakan peluang tu utk bekerja di sana secara haram..

Oleh sebab tu kerajaan Korea ni mcm stright sikit la pasal detail org yg nk masuk negara dieorang..

Sebelum aku nk g bercuti ke Korea aritu memang dah study sikit2 pasal pengalaman org yang pernah travel ke Korea..selain kita tgk2 kat blog pasal keseronokkan tempat2 menarik dieorg tu aku pon tgk gak apa risiko2 yg ada kalau travel ke sana kan.. Yg aku boleh pastikan negara dieorang ni ok laa.. 1 negara yg agak maju dan bersih.. so xde isu xselesa dgn tempat penginapan dan dieorang punya pengangkutan awam memang terbaik.. train kalau tnggu xlama dlm 3-5 minit jee.. dari segi keselamatan pon aku rasa negara Korea ni ok laa sbb org2 dia ni memang xkacau org..masuk2 train je semua mengadap hp..so just mind your own business jelaa..

kalau pergi dieorang punya pasar2 pon kadang2 ada yg pandai cakap melayu sikit2.. so xde lah susah sgt nk jual beli..

Haaa..skrg aku nk cerita pasal kenangan pahitnya pulakkk..hahahaha

Sebenarnya aku dah pernah terbaca kat 1 blog ni yg bgtau dia kena tahan dengan Imigresen Korea sbb dia xisi ruang pekerjaan.. Dia dtg tu pulak dgn kawan2 atas kawan which means dieorang xdelah kenal sangat so bila officer tu tanya nama kawan2 dieorang mmg terngaga gak laa brother tu nak jawab.. Then dia ckp lepas xdpt jawab soalan officer tu mlm tu gak dia d arahkan balik Malaysiaa.. The Whattt!!!.. hahahaha..pehhh mmg xjadi apa laaa..haha

So lepas aku baca tu mmg aku jaga2 laa bab nk isi apa2 borang yg d bagi laa kan.. haaaa.. tp malang xberbauuu..hahaha

Nanti masa flight nk mendarat kt dlm kapal lg para pramugari akan bg kita 2 borang iaitu:

  1. borang imigresen
  2. borang declaration kastam


so aku fikir ni la borang yang brother tu cerita dalam blog dia..then aku memang isi betul2 laa semua bahagian yg dia suruh isi dlm borang tu especially y bhg pekerjaan tuu.. so aku ingat dh xde apa nk d risaukan lah..hahaha

lepas je turun dari flight tu aku dgn bini aku isi laa borang tu then kitaorang g terus ke kaunter imigresen..aku tgk bini aku dah lepas dh then aku tnggu laa giliran aku..aku tgk yg jaga kaunter tu slow buat kerja then aku pindah ke kaunter yg lain.. sampai2 je dekat kaunter tu aku terus bg passport aku dgn borang imegresen td.. kat sini lah masalah tu bermula.. officer tu ckp alamat aku salah.. aku dah pelik, asal lak salah kan.. dh tu yg bini aku tulis tadi n dia pon elok je lepas.. dah aku pon xley nk tnya bini aku sbb dia dh masuk dlm..aku lak xlepas lg kaunter imigresen ni..

Lepas tu aku pon try la g kaunter yg lain dia pon ckp bnda yg sama.. dia ckp alamat aku tulis tu xlengkap.. cuma ada nama jalan..xde nama hotel..Ahhhh sudahh.. mana aku nak tau nama hotel..semua benda booking tu bini aku yg uruskan.. aku dah stuck kejap.. dah laa hp pon xde line nk call bini aku tnya nama hotel.. aku suruh officer tu panggil bini aku pon dia xnak..padahal blkg tu jee.. aishhhh!!

last2 officer tu suruh aku ikut sorang officer lelaki ke bilik diaa..aku dh jemm laa..dlm kple otak aku pk nk kne balik Msia mlm tu gak laa nmpaknyaa..jahanam honeymoon akuuu..hahahaha

Masa dok kt dlm bilik officer tu dia tnya benda2 yg basic jee just nk cormfirmation.. dia tanya dtg dgn sapa?? datang brp org?? dtg utk tujuan apa?? alamat nk duduk kt Korea tu d mana?? haaaa sudahh..semua aku ley jawab..bab alamat tu mmg aku xingat laaa..aku just ckp bini aku yg booking.. mana aku nk ingat..Lepas tu Si Officer Korea tu tanya nama bini aku then aku bgtau nama penuh.. dia g jumpa bini aku utk cormfirmkan.. Lepas dia cormfirmkan tu bru dia bg aku keluar bilik tu.. Fuhhhh!! legaaaaa beb.. rasa mcm baru lps exam SPM..hahaha.. aku dh asik fikir nk kena balik Malaysia je malam tuuu..hahaha

So pengajaranya kat sini sebelum kita nk g travel Korea adalah:

  1. Pastikan isi ruangan pekerjaan utk borang Imigresen
  2. Pastikan isi ruang alamat dgn betul siap nama hotel dan blok kalau ada
  3. Pastikan hp ada internet sama ada nk buat roaming xpon beli routers wifi siap2 dari Msia
  4. pastikan tau alamat lengkap hotel d Kore
  5. pastikan kenal nama kawan2 yg pergi bersama
  6. jangan buat muka mcm nak pergi kerja ladang kutip apel..hahahaha


Haaa tuu laa antara pengalaman pahit kena tahan Imigresen Officer Korea.. Tapi xde apa pon.. lepas satel dgn officer tu kitaorg elok je kat sana.. Korea memang best n happening.. cuma ada gak sikit tips kalau kita g korea time musim sejuk pastika baju yg kita bawak tu betul2 tebal.. masa aku g tu pernah cecah -12 bro.. fuhhh! memang kecut laaa..hahahaha.. ok lah ni antara barang yg aku rasa wajib bawak kalau g time winter:

  1. Baju sejuk tebal gila bapak ahh
  2. Sarung tangan kalau boleh yg wind breaker.. utk elak angin masuk
  3. kasut kalau boleh pakai yg tertutup habis mcm kasut kulit sbb nk elak angin masuk
  4. seluar pakai yg paling tebal..kalau ada yg wind breaker pon lg bgus
  5. head cover utk tutup telinga sekali
  6. mask ni penting gak laa tp d sebabkan aku pakai spec so aku xpakai sbb kalau bernafas naik kabus spec aku..hahaha


Haaaa..tuu jela kot antara tips utk pakaian kt sana..lg 1 kalau g sana kalau boleh jgn ambil flight yg sampai mlm sbb time mlm ni train n bas xde dah..yg ada teksi je.. teksi dieorang ni pon problem gak sbb xfaham bahasa inggeris so nk berkomunikasi ni agak susah laa n dieorang ni kalau hantar dekat2 sllunya reject..

Hmmm..rasanya tu jela kot tips n pengalaman yg boleh aku kongsikan buat masa ni..nti kalau ada apa2 lg aku share lain..

Sekian,





Sunday, 20 January 2019

Bagaimana Nak Refund Baki Tmoney / How To Refund Tmoney Balance

Assalamualaikum..

Harini aku nk cerita sikit macam mana cara nk refund balik duit yg korang dah terlebih topup dalam Tmoney tu.. 

Okeh.. kalau yg xtau Tmoney tu apa..ni aku jelaskan sikit lah..

Tmoney ni kalau kt Malaysia macam kad Touch n Go lah fungsi dia..Kad ni d gunakan seperti Pembayaran Subway/bas, Pembayaran di 7-Eleven atau Convenience Store lainnya..

harga dia pon xlah mahal dalam 2500 – 8000 Won dan kalau nk lg untung beli yg couple punya mcm ni.. Dah la comel kad nya.. kad tmoney boleh simpan bawak balik lg lepas refund..Sbb yg refund tu duit dalam dia je.. kad tu xleh refund..



Haaaa..ni contoh kad Tmoney Line Couple.. Sweettt takkkk.. hahaha..

Kad ni bnyk pilihan kalau nk beli n duit dlm t boleh topup.. Tak susah pon nk topup.. tekan je bahasa English or Malaysia nnti dia ajar cara nk topup..jgn tekan bahasa Korea..sampai ke sudah xfaham..hahahaha

bagus laa public trnsport kat korea ni..train ke bas ke semua pakai kad yg sama..so xde la susah nk tukar2 kad.. Pakai 1 kad ni je untuk semua trnsport.. Tp sebelum gerak g mana2 tu pastikan duit dlm kad cukup sbb xsemua tempat ada mesin topup tu.. Kalau n senang cari sllunya kt bhgian Subway diaorang ada laa mesin topup tuu..

Lepas dah satel honeymoon berjalan2 1 Korea tu and tgk dekat Tmoney tu ada lg balance korang boleh je refund duit tuu.. yelaa kadang2 duit dlm tu ada lg 5-6 ribu Won kan.. kalau boleh pakai kt Malaysia xpe gak.. Nak g Korea lg xtau bila tah.. Haaaa.. kat sini aku nk cadangkan 1 tempat yg paling senang nk refund..

Disebabkan aku naik flight balik kt Airport Incheon so aku suggest korang xpayah nk serabut2 cari kedai nk refund kad tu awal2.. kat dlm airport tu pon boleh refund.. 

sebelum aku balik haritu aku singgah 1 kedai ni dekat dalam Incheon Airport di tingkat 1 kalau x salah.. nama kedai dia NICE TO CU..



Okeh ni lah kedainyaa..
Kalau dah OTW nk check in tu boleh laa refund duit Tmoney kat sini.. balance tu boleh laa beli jus pisang ke coklat ke xpon dekat sebelah kedai ni ada gak kedai makeup.. so mana2 gigirls tuu ley laa hbiskan duit kt situu..

utk cormfirmation lg kedai ni ada betul2 depan KAUNTER AIRPORT INFORMATION..


Okehhh.. so aku rasa sampai situ jelaa info utk refund duit Tmoney kt Korea nih.. jumpa lg next time..
Sekian,
Wasalam..